Sunday, March 1, 2009

Menyingkap Sejarah Silam Kononnya

Kawan rasa kawan tak patut cerita ni kat semua. Tapi naluri kawan ni beriye-iye nak bongkor jugak. Dah lama dah berlakunya. Cakap besor tu tak de la, ye la, orang asal Johor macam kawan ni memang kuat berborak. Sehari suntuk tak habis. Macam kisah seribu satu malam pulak ek?

Macam gini. Ni baru ni, masa kawan bongkor gerobok lama kawan kat kampung, kawan terjumpa la satu buku catatan kawan yang lama-lama dulu. Kawan baca la dan terkenang la masa kawan catat cerita dalam buku tu. Fuh! Macam-macam ada, brader! Tinggi jugak pengetahuan kawan masa tu (sekarang lagi la, kan? Ha ha!).

Ok la. Kawan pun malas nak cerita panjang dalam entri perdana blog ni, lagipun kawan dah sangap dah ni, tinggal tunggu sorong bantal je lagi. Kawan cerita la kisah ni dulu.

Zaman dulu, orang Melayu ni hebat mengembara. Dan suka berlayor dengan kapal layor yang besor. Dari satu benua ke satu benua dilaluinya dengan penuh sabor. Itulah kekuatan orang Melayu lama. Bukan macam sekarang ni, main game, PSP, drift, rempit, rasuah, gila kuasa. Eh...balik kisah awal tadi.

Berlayor punya berlayor, akhirnya sampai la ke benua Amerika di satu malam yang indah. Kat satu pantai yang cantik tu, orang-orang Melayu ni pun turun dari kapal layor yang besor tu. Dengan perasaan takjub, orang-orang Melayu tu memuji-muji pantai yang menawan serta berwarna-warni tu. Katanya, "Fuiyoo! Kalerfulnye! Kalerfulnye!"

Kebetulan ada seorang pembesar orang putih sedang mencari-cari nama yang sesuai untuk tempat baru tu. Jadi bila dia terdengar je suara orang Melayu menjerit-jerit, "Kalerfulnye! Kalerfulnye!" maka pembesar orang putih tu pun bernekad menggunakan perkataan 'Kalerfulnye' menjadi California sehingga la sekarang. Pelik ek? Heh.

:)